NAMA PROGRAM
Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas (DGS) - Kurikulum 2012
PENGENALAN
Program Diploma
Teknologi Kejuruteraan Gas (DGS) ini dijalankan oleh MARA di Institut Kemahiran
MARA Johor Bahru (IKM JB) bagi melahirkan
individu berkemahiran didalam sektor hiliran pembekalan gas di Malaysia. IKM
JB bagi program DGS telah di beri kelulusan oleh ST sebagai Pusat Tauliah bagi
Kekompetenan Jurugegas Gas Kelas 1 bermula 9 Jun 1999, tahap tertinggi bagi
kategori tersebut.
Skop kerja bagi sektor ini seperti yang dinyatakan di dalam Akta Bekalan
Gas dan Peraturan – Peraturannya, Bahagian 1 Perkara 3 adalah:
Definisi bagi perkakas gas adalah perkakas yang direkabentuk bagi
penggunaan atau untuk digunakan oleh pengguna gas bagi pemanasan, pembakaran,
kuasa penggerak atau maksud – maksud lain gas boleh digunakan dan termasuk
pengatur perkakas gas.
Dan Pada Bahagian v, Perkara 81,
Sebagai Pusat Tauliah, skop latihan dan penilaian program perlu mematuhi
skop Akta dan Peraturan Bekalan Gas dan pemantauan berkala oleh pihak ST
dilaksanakan bagi mengawal kualiti latihan termasuk aspek keselamatan bekalan
gas.
TEMPOH PEMBELAJARAN
36 Bulan (sepenuh masa)
PROFESSIONAL RECOGNITION
1. MQA (FA 5094)
2. Suruhanjaya Tenaga (ST)