AMALAN 5S

PENGENALAN


Umum mengetahui, amalan 5S adalah berasal dari negara Jepun, di mana mereka hendak menghilangkan kekotoran dan mengemaskinikan kilang - kilang mereka. Perkataan 'kaizen' itu sendiri membawa maksud perubahan baik. Bersandarkan pepatah tersebut, amalan 5S ini juga adalah merupakan suatu konsep amalan kaizen di mana amalan yang membawa banyak manfaat kepada individu, organisasi dan sebagainya.

Secara praktikalnya, amalan ini banyak memberi manfaat kepada pekerja - pekerja, di antaranya mendorong pekerja menjadi lebih berdisiplin dan kesedaran di tempat kerja, mendorong ke arah kerja yang lebih kemas dan tersusun, mempertingkatkan semangat berpasukan selain pekerja akan sering melakukan kerja dengan prosidur yang selamat dan betul.

Contoh ringkas di bawah:

SEBELUM 5S


SELEPAS 5S



Jika di lihat, sebelum perlaksanaan 5S, keadaan yang berselerak dan tidak tersusun akan menyukarkan pemilik alatulis berkenaan. Hal ini kerana alatulis telah bercampur - campur dan di khuatiri telah bercampur dengan pen yang telah kehabisan dakwat dan sebagainya.

Selepas perlaksanaan 5S, jika kita soroti gambarajah berkenaan, ia agak lebih mudah, menarik dan teratur, pastinya menjanjikan keselesaan kepada pemilik mahu pun pengguna lain. 

5S DI IKM JOHOR BAHRU

Majlis Pelancaran 5S IKM JB telah berlangsung pada 13 Julai 2009 dan telah di rasmikan oleh Yg Bhg. Tuan Hj Wan Sabri Bin Wan Ismail di Dewan Ta'zim.

5S DI DTM GAS

Seiring dengan pelancaran 5S IKM JB, DTM GAS juga turut menyambut baik perlaksanaan amalan 5S. Perlantikan Mohd Firdaus bin Kamuri sebagai Ketua Zon... bersambung